KANGAR: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram dan sindiket dadah melalui panggilan telefon, semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kangar menerima laporan polis daripada lelaki berusia 20 tahun itu semalam.
"Mangsa diperdaya apabila menerima panggilan telefon mendakwa mangsa terlibat dalam siasatan kes jenayah. Mangsa juga dinyatakan akan ditangkap oleh pihak polis sekiranya gagal beri kerjasama bagi tujuan siasatan kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata mangsa kemudian memasukkan wang berjumlah RM38,000 itu ke dalam dua akaun bank berbeza selepas menerima arahan diberikan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis atas alasan untuk semakan duit dalam akaun bank milik mangsa.
Beliau berkata setelah mangsa memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek itu, baru mangsa menyedari yang dia telah ditipu dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersial menggunakan perkhidmatan yang disediakan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Yusharifuddin berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kangar menerima laporan polis daripada lelaki berusia 20 tahun itu semalam. - Gambar fail/Bernama
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.